Sunday, September 27, 2020

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL) TAHUN 2020 BAWAH INISIATIF PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pentaksiran ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan diadakan secara dalam talian melibatkan semua murid tahun 5 dan 6.

Terdapat 4 domain (bahagian) yang perlu dijawab oleh pelajar. Setiap domain mempunyai peruntukan masa tertentu untuk disiapkan.

a) Domain Sains          - 45 minit

b) Domain Matematik - 45 minit

c) Domain Bacaan       - 45 Minit

d) Domain Literasi      - 30 minit

    Kewangan

Dapatkan maklumat daripada guru bertugas dan patuhi arahan diberi dengan teliti.


Untuk murid yang terlibat sahaja sila klik link dibawah:

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (secara dalam talian) 2020

Sila rujuk guru bertugas anda:

Pn Siti Musalmah (penyelaras), Pn Azrina, Pn Noorshahidah & Pn Norazah

Bantuan teknikal (technical support) oleh:

En Mohamad Shamsul, En Wan Azri, En Amirul Amin & Pn Aiddawaty



Monday, August 10, 2020

Wednesday, February 19, 2020

MESYUARAT PANITIA TMK KALI PERTAMA 2020

Tarikh/Hari: 20/2/2020 KHAMIS
Masa/ Tempat: 1.25 ptg MAKMAL KOMPUTER 1
Pengerusi: En Zailani Bin Karim

#Sila mendaftar kehadiran mesyuarat menggunakan akaun Google Classroom anda & QR-Code yang diedarkan.

AGENDA:
1.0 Ucapan pengerusi
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
3.0 Perkara-perkara berbangkit
4.0 Perkara-perkara baharu
4.1 Tiada penilaian/ujian/peperiksaan selaras digantikan dengan:
4.1.1 Penilaian atas talian secara topikal menggunakan platform Google Classroom
4.1.2 Penilaian secara pemerhatian sikap & kerjasama murid
4.1.3 Penilaian hasil kerja murid menggunakan komputer
5.0 Hal-hal lain
6.0 Ucapan penanguhan

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK 3/2019
Tarikh: November 2019
Masa: atas talian (whatsapp group)
Tempat: atas talian (whatsapp group)
Kehadiran:

  1. En Mohamad Shamsul Bin Selamat
  2. En Amirul Amin Bin Mohd Kamaruzaman
  3. Pn Rosnida Binti Hussain
  4. Pn Malla A/P  Krishnan
  5. Pn Norhayati Binti Sarkawi
  6. Pn Norihan Binti Md Ishak
  7. Pn  Pn Siti Mazrah Binti Makhtar
AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan alu-aluan Ketua Panitia selaku pengerusi.
Memandangkan TMK adalah M/Pelajaran yang akan dilupuskan secara beransur-ansur bermula dengan Tahun 4 pada tahun hadapan (2020) namun diteruskan dengan Tahun 5 & 6 pada tahun 2020.
Tindakan: makluman semua guru terlibat

2.  Pengesahan minit mesyuarat terdahulu:
Cadangan: En Amirul Amin Bin Mohd Kamaruzaman


Sokongan: Pn Rosnida Binti Hussain
Tindakan: makluman

3. Perkara-perkara berbangkit: tiada perkara berbangkit
Tindakan: makluman

4. PBS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara online (menggunakan pelantar Google Drive - shared) perlu dibuat untuk rujukan tentang tingkah-laku murid terhadap taju yang dipelajari. Manakala markah Peperiksaan Akhir Tahun perlu di masukkan dalam sistem KPM SAPS (tiada ujian/peperiksaan selaras dijalan diganti dengan markah projek/hasil kerja murid menggunakan komputer) Tahun 6 ditambah dengan markah penglibatan/pengaktifan akaun Google Classroom.
Tindakan: guru M/Pelajaran

5. Aktiviti Panitia
5.1 Bengkel Google Classromm dijalankan untuk Tahun 6 sebagai aktiviti TMK Pasca UPSR
5.2 Mesyuarat panitia dijalankan sebanyak 2 kali (kali kedua secara atas talian-whatsapp kerana kesukaran mengumpul ahli/guru-guru terlibat pelbagai aktiviti sekolah)
5.3 PBS telah dijalankan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun (selaras) & Peperiksaan Akhir Tahun (markah projek/kerja khusus murid dalam komputer)
5.4 Karnival ICT dijalankan bersama Sambutan Bulan Kemerdekaan (Kuiz Google Form dalam Blog ICT@SKBB2)
5.5 Menjalankan Pentaksiran Kompetensi & Literasi Tahun 5 KPM
Tindakan: semua guru terlibat & Guru Penyelaras ICT

6. Hal-hal lain
6.1 Masalah berlakunya "BANJIR" dalam makmal setiap kali hujan lebat. Air tempias masuk melalui celah daun tingkap membasahi lantai menjadikan bahaya renjatan elektrik kepada murid.
6.2 Beberapa alat pendingin hawa rosak.
6.3 Banyak kemahiran TMK Tahun 6 gagal diselesaikan kerana murid-murid terlibat dengan pelbagai program UPSR.
6.4 Banyak Komputer Desktop rosak (tidak boleh digunakan). Ketiadaan juruteknik khusus merumitkan kerja-kerja selenggara ICT kerana kebanyakan guru terlibat TMK adalah guru Tahun 6 yang sibuk dengan program UPSR & Pasca UPSR.
Tindakan: semua guru M/Pelajaran & Penyelaras Makmal Komputer

7. Ucapan penangguhan
Terima kasih kepada semua guru TMK yang telah melaksanakan semua aktiviti/program sepanjang tahun.

Mesyuarat ditangguhkan.

Dicatat oleh:
Mohamad Shamsul Bin Selamat
Ketua Panitia TMK